Hai...Selamat datang ke blog saya. Di sini anda akan mengetahui lebih lanjut tentang permainan komputer yang paling popular di dunia iaitu Counter Strike(CS). Untuk membolehkan pengguna bermain CS, pengguna perlu menyediakan satu 'host' untuk menyambungkan kesemua pemain. Jadi, mana-mana pemain pun boleh menjadi 'host' asalkan komputer yang digunakan lebih tinggi kuasanya. Ini bermakna anda perlu membina Local Area Network (LAN). Kebanyakan pada masa kini penggunaan 'wireless' adalah sangat meluas kerana ramai orang menggunakan laptop berbanding komputer rumah. Walaupun 10 tahun telah berlalu, tetapi permainan ini masih dimainkan oleh kebanyakan remaja. Saya sendiri telah bermain CS sejak berumur 12 tahun lagi iaitu hampir sembilan tahun terlibat dalam bidang ini. Untuk pengetahuan anda, permainan ini merupakan suatu permainan yang amat sukar dikuasai kerana kawalannya sangat canggih iaitu anda perlu menggunakan kesemua sepuluh jari anda untuk kawalan. Selain itu, cara pergerakan model yang dikawal adalah seperti pergerakan manusia. Bagi mendapatkan teknik perlawanan yang hebat pula anda perlu bermain setiap hari. Tetapi, permainan ini menjanjikan kepuasan kepada setiap pemain kerana ia mempunyai gambar yang sangat 'real', sistem bunyi yang 99% asli, dan yang paling penting anda dapat bermain bersama rakan-rakan melalui sambungan Local Area Network (LAN) untuk setiap komputer yang digunakan. Memang syok giler la!...
Sebelum tu, jom layan dlu video ni...
No comments:
Post a Comment